Kursus Asas Microsoft Office

9 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 8 September 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru telah mengadakan satu kursus asas Microsoft Office melibatkan Microsoft Word, Excel dan Powerpoint kepada komuniti setempat. Kursus ini telah diadakan di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Permyjaya dan telah disertai seramai tiga orang peserta yang berumur dalam lingkungan 18 sehingga ke 35 tahun.

Tujuan kursus asas Microsoft Office ini diadakan adalah untuk mendidik peserta supaya tahu menggunakan asas Microsoft Office untuk penghasilan dokumen, slide dan sebagainya. Peserta turut diajar cara untuk mencetak dokumen, menyimpan dokumen, mengedit dokumen dan lain-lain lagi.

Antara kebaikan yang peserta perolehi dari kursus ini ialah peserta dapat menambahkan pengetahuan mereka dan dapat menggunakan ilmu yang mereka dapat dari kursus ini untuk tujuan belajar atau mencari kerja. Mereka menjadi seorang yang celik IT kerana tahu menggunakan komputer melalui penghasilan dokumen yang kemas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali